ENTRI 26
TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF
Saya menulis
mengenai fenomena AIDIJUMA ini bukanlah atas dasar fanatik, apatah lagi untuk
membenci. Tetapi saya menulis sebagai seorang pelanggan dan juga seorang yang
menjual tudung AIDIJUMA secara sambilan.
Sebagai seorang pelanggan, saya
melihat setiap harga yang ditawarkan ada yang munasabah, ada yang dirasakan
sebagai keuntungan yang melampaui. Setiap tudung yang sudah diguna pakai dan
telah ‘berpindah milik’ beberapa kali, harganya bukanlah semakin menurun, malah
boleh mencecah sehingga RM400. Kerana ingin sangat memiliki, ada pelanggan yang
sanggup membeli.
Sebagai seorang penjual pula,
ada sebab harga meningkat naik. Hanya sekali sahaja saya menjual dengan harga
RM 70, iaitu GOLB LABEL (GL) ENGLISH
ROSES. Selain daripada itu, tidak pernah saya menjual melebihi RM 60.
Antara sebab mengapa tudung AIDIJUMA mahal, melalui pemerhatian saya:
- Hot design - Design yang cantik dan selalu dicari.
- Setiap kali design baru keluar, orang akan mula beratur malam sebelumnya. Siap ada khemah sekali.
- Had pembelian setiap design adalah 2 bagi setiap pembeli. Jadi bagi yang mahu membeli lebih, terpaksa membawa ahli keluarga atau rakan-rakan yang sanggup untuk beratur.
- Bukan pemilik asal tudung. Setiap kali bertukar milik, harga tudung akan dijual lebih tinggi daripada semasa harga dibeli.
- Permintaan – Biarpun tudung itu bukanlah kategori hot design bagi sesetengah orang, tapi kerana adanya permintaan daripada pelanggan
Penjual pula, seharusnya tidak perlu
mengungkit kesusahan yang dialami ketika mendapatkan tudung demi memenuhi
permintaan. Kadang-kala, saya perhatikan penjual sering mengatakan ‘Kami pernat
lelah beratur lama-lama, tinggalkan anak-anak dirumah semasa hujung minggu atau
membawa anak kecil kerana tiada yang menjaga.’ Malah ada yang sanggup
mengatakan ‘Kalau tidak mahu membayar lebih, pergilah beratur sendiri, baru
rasa susahnya kami mencari rezeki.’
Bagi saya, ini bukanlah etika yang
bagus dalam berbisnes. Memang perlu untuk berjiwa kental dan tegas, tetapi
bukan bertindak seolah-olah memperkecilkan pelanggan. Zaman sekarang adalah
zaman viral – screenshot and upload. Silap sedikit, pasti muncul di media sosial.
Jadi berhati-hatilah dalam setiap perilaku kita.
Nota kecil:
Sedang membaca buku Manage Your Online Reputation – Don’t let angry clients, jealous lovers
or ruthless competitors ruin your image oleh Tony Wilson.
No comments:
Post a Comment