Thursday, 1 October 2015

Bermula sebagai pengguna

ENTRI 13

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

Semasa saya masih mempunyai tudung bawal AIDIJUMA untuk kegunaan sendiri, dan menjual semula kerana tidak lagi mahu menggayakannya, langsung tiada niat untuk saya jadikan sebagai bisnes. Hajat ketika itu, hanya mahu menjual apa yang ada di tangan. Malah, satu tudung percuma yang saya dapat semasa hari kelahiran Datin Norjuma, turut saya jual. Biarpun cantik, saya cuba pujuk diri untuk melepaskannya. Tetapi sampai ke hari ini rasa masih ralat menjual tudung percuma itu, kerana nilainya semakin tinggi untuk didapatkan semula.

            Saya mula serius ketika melihat rakan saya giat menjual AIDIJUMA secara online, di beberapa grup khas. Bermodalkan RM300, saya membeli beberapa helai mengikut bajet yang saya tetapkan. Tidak semua modal saya gunakan, kerana mahu mencuba dahulu. Kebanyakkan stok saya ambil, adalah reject tag – istilah bagi tudung yang elok tetapi tag nya rosak, sama ada terpotong sedikit atau tiada tag langsung.
           
            Dengan tiada pengalaman meletakkan harga, serta bagaimana cara orang lain meningkatkan harga mengikut corak-corak yang paling digemari ramai, saya cuma mengikut logik ‘apakah harga yang mampu saya beli, itulah harga yang akan saya letak’. Hasilnya memang mudah dijual, kerana selain ‘murah’ daripada orang lain, stok corak yang saya ada adalah corak yang orang mahu.
           
            Lama-kelamaan, apabila berurusan di beberapa grup AIDIJUMA (melalui Facebook), saya dapat memahami bahawa:

  • Jika keluaran baru, corak-corak yang menarik (hot design) boleh mencecah sehingga RM60 sehelai.
  •  Jika keluaran lama, iaitu 2013 dan 2014 digelar Old Season dan ianya adalah hot design, harganya boleh mencecah sehingga RM300 sehelai. Walaupun ia adalah tudung yang sudah diguna pakai, nilainya tetap tinggi dan ada pasaran yang tersendiri.
  • White Label berharga RM10 adalah keras sedikit (tidak lembut) berbanding Black Label yang berharga RM34 (lembut dan berkualiti tinggi).
  • Pink Label berharga RM14 adalah tudung yang mudah tercarik benang dan kebanyakkan jahitan tepi tidak kemas.
  • Red Label dan Yellow Label (hanya boleh didapai melalui premium reseller yang sah sahaja)
  • Banyak kes penipuan yang berlaku seperti - gambar diambil adalah kepunyaan orang lain dan mengaku ada dalam simpanan sendiri, pembeli sudah membayar tetapi langsung tidak menerima barang, penjual mengaku barang baru tetapi sudah lunyai (kesan pin ketara, lusuh, berbau) dan macam-macam lagi.

Jadi, sebagai pembeli khususnya harus bijak menilai dalam urusan jual beli secara online. Jika rasa ragu-ragu, jangan teruskan niat untuk membeli. Di dalam grup Facebook, ada yang memberi maklumat mengenai penjual yang boleh dipercayai dan yang menipu. Bagi penjual pula, usah terlalu mengejar keuntungan hingga mengaku barang lama yang boleh dipakai sedangkan kerosakan yang ada tidak dimaklumkan.


Nota Kecil: Jadikan urusan jual beli sebagai urusan yang diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment