Saturday, 3 October 2015

Bukan mudah melepaskan novel kesayangan

ENTRI 20

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Saya mula membaca novel semasa di sekolah menengah. Kebiasaannya kakak akan membeli dan kami akan bergilir-gilir membaca. Waktu itu novel yang sering di beli adalah karya Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea dan Fauziah Ashari. Daripada novel ‘jiwang’ hinggalah yang berunsur seram karya Ramli Awang Murshid memenuhi ruang almari di bilik.

            Kemuncak pembelian novel adalah ketika saya berkerja 3 tahun lepas. Rakan serumah memberitahu bahawa buku keluaran Kaki Novel sedang meningkat naik dan menyarankan saya untuk membeli hasil karya Achik Lana. Hampir setiap bulan, saya akan membeli 2 atau 3 buku Kaki Novel.

            Oleh kerana ruang almari sudah dipenuhi dengan buku-buku lama dan baru, saya mengambil keputusan untuk menjual sebahagiannya. Jika ada yang membeli banyak, saya akan memberi 1 novel lebih atau hadiah lain sebagai tanda penghargaan. Saya memberi tanpa pengetahuan mereka sebagai kejutan dan mereka sangat menghargainya.

            Bagi penggemar buku terpakai (saya lebih gemar menggunakan perkataan preloved) yang ingin membeli terutamanya secara online, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira. Di sini saya sertakan perkara-perkara yang sering ditanya ketika saya menjual novel sama ada secara offline atau online:
  • Kondisi buku – jika buku masih dalam keadaan rapi atau ada kesan koyakan dan lipatan
  • Warna helaian buku – jika buku masih putih sepenuhnya seperti baru, separa kuning atau kuning sepenuhnya (kerana sudah lama)
  • Harga – ambil kira kos penghantaran jika ia berbaloi. Seharusnya untuk sebuah buku tidak melebihi harga baru di kedai.
  • Sinopsis – Jangan malu untuk meminta diberikan sinopsis. Penjual seharusnya bersedia dengan gambar sinopsis buku yang dijual untuk memudahkan urusan.

Semoga menjadi pengguna yang bijak dalam memilih. J




Nota kecil: Jika jujur dalam menjual barangan preloved, Insya-Allah rezeki dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment