Monday, 5 October 2015

Medan Selera MPS Taman Greenwood

ENTRI 28

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Rasanya sudah hampir 6 atau 7 tahun sebahagian kawasan medan selera Taman Greenwood ini terbakar dan ditutup. Tetapi tahun 2013, (Majlis Perbandaran Selayang, MPS) mula membuat pembinaan baru diatas tapak yang terbakar.

      Dan bermula bulan September 2015, Medan Selera MPS Taman Greenwood dibuka. Ada kedai makanan yang sudah berpindah di sini. Hanya tadi, selepas hampir sebulan dibuka baru berkesempatan untuk membeli makanan disini.

          Salah satu kedai makanan yang selalu keluarga saya beli adalah di kedai NASI UJANG. Boleh tahan juga sampai 2 lot kedainya. 😆 Dari segi kawasan medan selera ini, macam R&R. Harap-harap kebersihan juga dijaga.





No comments:

Post a Comment