Tuesday, 6 October 2015

Fotogafi Sekadar Hobi

ENTRI 29

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Antara hobi yang saya minati adalah fotografi. Pernah juga saya berniat untuk mengambil jurusan ini di UiTM, tetapi memandangkan pekerjaan fotografi masih tidak berkembang dan tidak popular ketika itu, ibu dan ayah meminta untuk saya mengambil kursus lain.

Jadi, hobi tinggal sekadar hobi. Hanya sekali saya mengambil kelas asas foto di PICC, Putrajaya. Tetapi ianya sekadar teknik-teknik untuk mendapatkan posisi yang bagus, bukan untuk beginner seperti saya yang kekurangan ilmu mengenai asas kamera.

Sebagai panduan untuk mempelajari asas kamera seperti teknik pencahayaan, shutter, aperture atau photoshop, saya melanggan majalah Dunia Kamera, Aperture dan Fotografika. Kadang kala sahaja saya membeli Majalah National Geographic.

Ada gambar yang menjadi, ada yang tidak. Kebiasaannya yang tidak menjadi (tapi tidaklah sampai kabur), kerana mahu cepat dan tidak mahu momen itu hilang. Nampaknya, kena membaca dan praktikkan semula skil-skil menggunakan kamera.

Nota kecil: Teringin untuk menyertai kelas anjuran Adhadi dan Fototeacher 

No comments:

Post a Comment