Monday, 19 October 2015

Gambar Yang Cantik, Memikat Hati

ENTRI 57

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Tidak di nafikan bahawa gambar memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk. Tanpa gambar yang bagus, sebagus mana pun produk anda, mungkin sekilas pandang sahaja orang melihatnya.

            Ketika saya mengambil gambar untuk tudung yang dihasilkan sendiri, saya meminta rakan baik untuk menjadi model. Tempat yang saya pilih pula di Taman Layang-Layang, Kepong. Waktu itu sudah hampir jam 10 pagi, matahari panas pula makin memancar terik.

            Masing-masing tiada pengalaman mengambil gambar model atau menjadi model. Saya main redah sahaja, kononnya untuk jimat wang tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak. Hasilnya memang tidak memuaskan, tetapi saya tidak salahkan rakan. Semuanya gara-gara saya yang mahu membuat sendiri fotografi itu.

            Jadi, saya selidiki lebih mendalam bagaimana gambar-gambar produk di pasaran terutamanya yang melibatkan tudung dihasilkan. Dan penelitian yang saya perolehi, antaranya:
  • Pencahayaan – Kelengkapan di studio adalah bagus jika mahu mengambil gambar di ruangan tertutup. Jika mahu mengambil gambar di luar, pastikan bukan ketika matahari terik (8 pagi – 10 pagi atau 5 petang – 7 petang).
  • Jelas – Gambar seperti tudung, sebaik-baiknya di ambil dari paras kepala hingga pinggang bagi jarak dekat. Jika mahu gambar penuh, tidak terlalu nampak ‘jauh’ hingga menenggelamkan apa yang ingin ditonjolkan.
  • Warna – Warna produk di dalam gambar seharusnya tidak lari jauh dari produk fizikal. Ia melibatkan teknik pencahayaan supaya pelanggan tidak rasa tertipu.
  • Butiran - Jika tudung ada nilai tambahan seperti corak, manik atau renda, tonjolkan gambar yang lebih dekat. Ini membolehkan pelanggan untuk menilai kehalusan susun aturnya.
  • Latar Belakang – Untuk menonjolkan produk, seharusnya latar belakang adalah kosong (putih). Jadikan produk sebagai fokus utama.Namun boleh sahaja jika mahu, asalkan bukan latar belakang yang tidak diperlukan. 

     Bukan semua kerja kita mampu buat seorang diri, tetapi itu tidak bermakna kita harus mengabaikannya. Cubalah mengambil tahu, namun serahkan pada yang pakar. *Macam iklan tv pula* ^_^

            

No comments:

Post a Comment