Monday, 5 October 2015

Instagram dan 'KEDAI'

ENTRI 25

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Saya memulakan perniagaan online melalui Instagram (IG) setahun yang lepas, dengan bermodalkan novel terpakai dan beberapa helai baju terpakai (yang elok sahaja dipilih). Biarpun followers tidak ramai, tetapi ada juga yang memberi kepercayaan untuk menjadi pelanggan saya.
        
      Kemuncak perniagaan online ketika saya turut menjual tudung AIDIJUMA. Selain itu, ada juga saya menambah barang seperti TUPPERWARE tetapi tidak mendapat sambutan. Keseronokan yang saya dapat adalah apabila pelanggan:
  • Berpuas hati dengan servis yang disediakan
  • Menepati janji ketika membuat pengeposan – jika saya berjanji pada hari dan waktu yang ditetapkan, saya akan tunaikan. Slip pengeposan saya akan terus whatsapp pada pelanggan agar dia tidak tertunggu-tunggu
  • Mereka gembira apabila saya memberi hadiah percuma – sebagai kejutan kerana mereka menjadi pelanggan saya.



Daripada berniaga sambilan inilah, saya dapat merasai bagaimana mahu menjana wang dan bukan senang untuk kekalkan motivasi diri. Malah sepanjang setahun, sudah beberapa kali saya menukar nama IG atas faktor kurang memberi impak dan tidak menggambarkan diri saya. Sekarang saya tidak berapa aktif berniaga kerana mahu menumpukan perhatian mendalami ilmu perniagaan.
                
         Mungkin saya tidak mampu lagi untuk mengikuti kelas secara professional, tetapi saya berharap agar dapat mengumpul sendiri wang untuk mengikuti program anjuran Irfan Khairi. Insya-Allah 

No comments:

Post a Comment