Tuesday, 27 October 2015

Jaga Perhubungan Dengan Pelanggan

ENTRI 63

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Selepas beberapa bulan saya tidak aktif menjual secara online, saya kembali aktif di grup jualan Facebook dan Instagram. Dalam masa seminggu, saya sudah mendapat seorang pelanggan yang membeli tudung Aidijuma. Stok yang saya ada, adalah stok lama ketika di beli pada awal tahun 2015.

            Biarpun hanya 2 helai dan sedikit sahaja untung, perasaan apabila kita melayan dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan itu sudah cukup baik untuk permulaan. Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan pelanggan ketika proses jual beli di jalankan? Ini antara apa yang saya lakukan:
  • Panggilan diri – Jika pelanggan (semua pelanggan saya adalah wanita) yang memulakan perbualan melalui Whatsapp, saya akan memanggilnya ‘Sis’. Kadangkala bergantung juga pada pelanggan, jika dia menggunakan panggilan seperti saya-awak atau kakak-adik, saya ikut sahaja. Cuma saya tetap bahaskan diri saya sebagai saya.
  • Nama – Kadangkala pelanggan tidak memberitahu namanya di awal perbualan. Biasanya saya akan bertanya selepas 2 atau 3 pertanyaan telah dijawab atau ketika memberi makluman untuk pembayaran.
  • Produk – Untuk pengesahan barang yang di buat oleh pelanggan, saya akan menghantar kembali gambar (bagi corak tudung) atau senarai (bagi novel preloved). Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham ketika pelanggan membuat pembayaran dan tidak menghantar barang yang salah.
  • Harga – Biarpun kita sudah meletakkan harga produk dan caj pengeposan, pelanggan biasanya akan meminta kita untuk membuat jumlah akhir. Walaupun saya rasa agak leceh, tetapi saya akan sertakan nama produk, harga dan jumlahkan ia. Ini supaya pelanggan dapat melihat kos yang perlu di bayar setelah pengesahan.
  • Tarikh Pembayaran dan Pengeposan – Pembayaran dalam masa 24 jam atau 48 jam adalah tempoh waktu yang saya berikan kepada pelanggan. Dan pengeposan akan di jalankan setelah pembayaran telah di terima. Jika tiada pembayaran di buat, tanya kembali dan maklumkan jika masih berminat. Apabia tiada respon, khabarkan secara baik bahawa produk itu akan di buka semula untuk jualan.
  • Maklum balas – Setelah pengeposan dilakukan, hantarkan gambar slip pos secara penuh dan jelas.  Minta pelanggan untuk maklumkan kepada anda jika barang selamat tiba di tangannya. Ini adalah salah satu cara untuk anda jadikan sebagai testimoni pelanggan. Testimoni adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap anda.


Menjual secara online memerlukan kita menggunakan bahasa yang betul, tidak kira samada menggunakan media sosial (Facebook dan Instagram) atau aplikasi telefon seperti Whatsapp. Masing-masing tidak nampak bagaimana emosi di sebalik perbualan. Jangan sampai orang melihat kita seperti marah atau sindir walaupun sebenarnya ia tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment