Saturday, 3 October 2015

Jerebu dan Bunga Raya

ENTRI 21

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

FOTO: MUNIRAH YUSOFF





Jerebu yang melanda sekarang macam chipsmore, kejap ada kejap tiada. Mujur masa peperiksaan akhir bulan lepas tidak kena demam. Alhamdulillah sampai sekarang walaupun ada juga keluar, tapi sakit teruk sebab jerebu tidak muncul.



      Kalau ada sakit pun, cuma pening kepala dan gatal-gatal di muka. Nak hilangkan sakit kepala, biasanya saya akan tidur sebentar dan minum banyak air. Bila ada rasa sakit tekak, saya akan minum air limau.

     Lagi satu kaedah yang saya gunakan jika sakit kepala lambat hilang, saya akan guna air lendir bunga raya dan sapu pada dahi. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan makan ubat sama ada panadol atau ubat khas untuk migrain.




       Ini pokok bunga raya yang ditanam di kawasan luar rumah. Selalu juga pokok bunga raya berbunga, jadi saya tidak perlu susah mencari jauh-jauh. Paling seronok kalau mencuci kepala, sejuk sangat dan menyegarkan. Jadi, alang-alang mencuci dapat juga melembapkan rambut. 

Nota kecil:Selagi ada bahan alami, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. :) 

No comments:

Post a Comment