Friday, 9 October 2015

Jeruk Mangga Asam Boi

ENTRI 38

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF




JERUK MANGGA CILI ASAM BOI. Panjang betul namanya. Satu lagi trend makanan – hot and spicy – untuk tahun 2014. Mulanya saya cuma buat untuk makan sendiri atau bersama keluarga. Gara-gara kakak saya beri gambar di whatsapp, memang terliur juga tekak.

       Selepas saya memuat naik gambar di Facebook, seorang rakan meminta untuk saya buat dan jual padanya. Tidak pernah terlintas pun mahu menjual, kerana saya fikir semua orang boleh buat. Bahan-bahan pun mudah dicari. Tapi memandangkan rakan saya bekerja, dia hanya mahukan yang sudah siap.

    Saya akur juga dengan permintaan itu. Dengan dia sahaja, sudah 2 kali saya restock. Rasanya hampir 10 bekas kerana dia menolong saya dengan mengambil tempahan dari rakan-rakan sekerjanya.

     Cuma saya tidak lama bertahan dengan bisnes ini. Salah satu puncanya kerana sukar mendapatkan bekalan mangga muda di kedai berdekatan kawasan rumah. Ketika rakan saya mahu membuat tempahan buat kali ke-3, saya terpaksa menolak, walaupun nampak di situ boleh di perluaskan lagi bisnes

      Orang mahu berbisnes, saya pun mahu juga. Tapi seperti biasa, kerana saya tiada asas seperti pengurusan akaun, segala-galanya jadi kucar-kacir.


“Ilmu itu penting, walaupun tidak belajar secara professional, belajarlah selagi hayat ada..”

No comments:

Post a Comment