Thursday, 15 October 2015

KERTAS PROJEK: Minggu 1, Bab 1

ENTRI 51

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Sebelum semester 6 bermula, saya sudah menyiapkan draf proposal project dan menghantar kepada penyelia untuk ulasan beliau. Draf proposal tidak mempunyai butiran yang terlalu mendalam, sekadar gambaran kasar keseluruhan projek. Jadi ia memudahkan penyelia memahami apa yang kita ingin jalankan.

          Selepas pertemuan pertama (face-to-face), saya terus meyiapkan BAB 1. Ketika ini, saya tidak perlu kelam kabut kerana maklumat BAB 1 sudah tersedia. Hanya  sedikit pengubahsuaian dilakukan pada pernyataan masalah, objektif dan skop. Jadi, sempat dihantar kepada penyelia pada minggu pertama.

          Penting untuk kita mempunyai timeline projek supaya kita dapat fokus mengikut masa yang di tetapkan atau dapat disiapkan lebih awal. Kemungkinan untuk kita ‘terperangkap’ pada BAB 4 (implementation/analysis/design) atau BAB 5 (countermeasures) amat tinggi. Jika kita sudah menyiapkan BAB lain yang mudah dengan lebih awal, kita mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan BAB yang memakan masa yang lama.

          Sediakan 1 timeline walaupun sekadar draf untuk kekal fokus. Selamat Berusaha! ^_^

No comments:

Post a Comment