Friday, 2 October 2015

Ketam Raja

ENTRI 18

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF, WEB ALASKAN.KING.CRAB


Ini adalah kali pertama saya melihat Ketam Raja (King Crab) ketika melintasi The Manhattan (Wangsa Walk). Agak teruja dan bulat mata juga bila lihat saiz dan harganya. J Pernah dengar tentang Ketam Raja tapi tidak pernah melihat depan-depan. Masa mula-mula tengok harga, terfikir juga, apa yang membuatkan hargannya mahal sebegini.

         Apabila saya membaca di satu laman web iaitu Alaskan King Crab, beberapa fakta menarik yang menjadi nilai ketam raja ini mahal adalah:
  • $434,000 untuk perbelanjaan dan pendapatan
  • Nelayan akan berada di laut selama 3 hingga 4 minggu pada satu masa
  • Kedalaman nya di antara 600 hingga ke 2,400 kaki ke dasar laut
  • Kadar kematian adalah nelayan biasa adalah 142 per 100,000 orang pekerja. Tetapi bagi nelayan Ketam Raja, kadar kematian adalah lebih 300 per 100,000 orang pekerja.
  • Punca utama kematian adalah kerana hypothermia dan lemas
  • Ketam raja lebih suka suhu air yang beku
  • Umpan yang digunakan adalah ikan cod atau herring
  • Harga kaki Ketam Raja (jenis Colossal) sahaja, berharga $179 untuk 1KG++



Cuaca sejuk yang menyebabkan hypothermia

Jadi, memang tidak hairanlah kalau harganya memang mahal. Buat masa ini, saya belum berkesempatan untuk makan Ketam Raja. Ini termasuk dalam senarai harapan (wishlist) tahun 2016. J Kalau ada yang pernah merasai Ketam Raja, mungkin boleh tinggalkan komen untuk bekongsi cerita dan pandangan.

No comments:

Post a Comment