Wednesday, 21 October 2015

Kisah Peniaga Sarapan Pagi Dengan Basikal

ENTRI 59

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Saya tidak ingat dari tahun bila penjual sarapan pagi dengan basikal (namanya: Abang Ali) bermula. Tapi yang saya masih ingat ketika memasuki darjah 1, tahun 1993 sudah ada.

    Selalunya seawal 6.30 pagi sudah bunyi loceng (loceng seperti penjual roti bermotor atau roti bhai) sehingga jam 9 pagi Abang Ali berada di kawasan perumahan saya.

      Semasa bersekolah pagi dan ketika bekerja, jika tidak sempat bersarapan di rumah dan bertembung dengannya, saya akan membeli kuih-muihnya.

     Antara sarapan yang terkenal dan cepat habis adalah kuih lopes, nasi lemak, nasi impit kuah kacang atau kuah lemak, karipap dan kuih 'bom'. Cuma sekarang kuih lopes dan nasi impit tidak di jual.

    Biar sekadar berbasikal dan hanya menjual sarapan pagi, sampai sekarang sudah hampir 25 tahun masih lagi berniaga. Tanpa perlu fikirkan minyak kenderaan atau sewa tapak.

    Semoga kisah ini memberi pandangan baru bagi kita yang ingin memulakan bisnes tanpa modal yang besar.
   

No comments:

Post a Comment