Tuesday, 13 October 2015

Komputer: Serahkan Pada Yang Pakar

ENTRI 47

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF
   
   


Dari segi teknikal atau servis yang melibatkan perkakas (hardware) komputer bukanlah kepakaran saya.  Contoh, seperti membuka bahagian bawah komputer riba, walaupun saya pernah cuba keluarkan skru, tetapi tapaknya perlukan alatan khas untuk di cabut dari badan. Hanya setakat itu saya mampu buat untuk elakkan kerosakan.

     Saya sendiri sebenarnya ingin belajar bahagian teknikal, tetapi bukan dengan menggunakan komputer peribadi. Sekarang, saya masih lagi mencari guru untuk saya pelajari mengenai teknikal komputer.

        Selain daripada masalah yang boleh diatasi sendiri, jika ada masalah komputer di luar kemahiran yang saya ada, saya hanya hantar ke kedai. Sebab saya lebih sayangkan komputer yang banyak berjasa. Salah satu komputer riba yang berusia 5 tahun, tidak pernah diservis sejak di beli.

    Jadi, saya hantar di OK COMPUTER SOLUTION, UIA. Terpaksa menebalkan muka kerana kedainya berada di Mahallah Lelaki. Cuma kebetulan ia berada di bangunan cafe, ada pekerja wanita. Tidaklah terlalu segan sangat. Servis yang saya minta pada mereka adalah format dan backup (RM 35) dan bersihkan kipas (RM 35). Bagi saya, berbaloi juga harganya dengan status saya sebagai pelajar.
          
        Bagi anda yang berada di sekitar kawasan Gombak, boleh kunjungi salah satu cawangan yang berdekatan.


OK COMPUTER SOLUTION, UIA

Lot 1 As-Souq At-Tullab , Mahallah Ali Ibn Talib,, Jalan Sungai Pusu, 53100, Selangor, Malaysia


OK COMPUTER SOLUTION, SRI GOMBAK


OK COMPUTER SOLUTION, SRI GOMBAK

No 15A, Jalan SG 1/6, Taman Sri Gombak, Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

No comments:

Post a Comment