Wednesday, 7 October 2015

Pentingnya Senarai Apabila Berniaga

ENTRI 32

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Ketika saya memulakan bisnes novel terpakai, saya langsung tidak mempunyai satu senarai tajuk buku dan harga. Apatah lagi buku tunai untuk melihat aliran keluar masuk wang. Bagi saya, setakat barang terpakai, apa guna semua itu. Kalau mahu mencatit, catit sahaja di buku nota kecil.
       
         Tetapi sebenarnya, sikap itu yang sedikit menyusahkan saya. Sebab apa saya berkata begitu? Ini kerana, setiap kali jika ada pelanggan yang bertanya mengenai novel apa yang masih ada, saya harus melihat kembali buku yang tersusun di rak almari. Jika 10 orang yang bertanya, 10 kali juga saya harus menyemak secara manual.
                
       Sejak daripada itu, saya terus membuat senarai tajuk buku dan harga. Setiap kali buku terjual, saya akan keluarkan daripada senarai. Bagaimana saya membuat senarai ini? Ini adalah contoh paling terkini saya sediakan.


      Senarai ini di buat hasil daripada penelitian saya ketika berurusan dengan pelanggan. Antara persoalan-persoalan yang sering saya terima ialah:
  • Tajuk
  • Nama penulis
  • Nama penerbit buku
  • Harga
        Paling utama ialah harga novel. Setiap pelanggan mempunyai bajet sendiri. Jadi, selain saya mengasingkan tajuk novel mengikut terbitan, saya akan senaraikan mengikut harga. Ini memudahkan saya untuk terus menyenaraikan atau memberi gambar novel kepada pelanggan.

      Mudah bukan jika kita sudah mempunyai senarai barang dan harga? Semoga cetusan kecil ini memberi sedikit idea dan manfaat kepada anda.  

No comments:

Post a Comment