Sunday, 4 October 2015

Perlukah menjual novel terpakai?

ENTRI 22

TEKS: MUNIRAH YUSOFF


FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Novel terpakai yang masih baru

Buku terpakai seperti novel sebenarnya mempunyai pasaran yang tersendiri. Jika novel terpakai masih dalam keadaan baru, walaupun masih ada di kedai-kedai buku, tetap ada permintaan. Apatah lagi jika novel yang lama tetapi sudah tiada di pasaran, sering kali dicari oleh peminat novel. Selain daripada faktor sukar mendapatkannya di kedai, ada yang mahu berjimat cermat dan mahu membeli dengan lebih banyak pada harga yang murah.

            Saya mengambil langkah untuk menjual sebahagian koleksi novel adalah kerana:
  • Sudah tidak dibaca lagi, jadi saya mahu memberi peluang kepada orang lain untuk membacanya.
  • Terlalu banyak novel hingga memenuhi ruang almari buku
  • Boleh dijadikan bisnes tanpa modal, iaitu menjual apa yang ada didalam tangan.
  • Hasil jualan boleh digunakan untuk perkara lain. Sebagai pelajar, saya dapat menggunakan duit itu untuk membeli buku teks. Juga dapat membeli novel yang baru (istilah – jika mahu barang baru masuk, keluarkan barang yang lama J)
  • Daripada berhabuk dan menjatuhkan ‘nilai’ buku, saya tidak perlu lagi menyimpan novel lama-lama. Tetapi ada juga koleksi yang saya tidak jual.
  • Tiada lagi nilai sentimental.


            Bergantung kepada individu, sama ada ingin menjual atau menyimpan novel. Sesetengah orang, buku-buku yang tersusun di almari adalah terapi jiwa, boleh jadi sebagai terapi mata walaupun tidak lagi membaca.

Nota kecil: Jadikan barang yang ada di tangan sebagai bisnes tanpa modal pertama anda. Pengalaman ini boleh menjadi asbab untuk anda melangkah lebih jauh.

No comments:

Post a Comment