Friday, 9 October 2015

Rice Bubble Chocolate – Silap Percaturan Harga

ENTRI 37

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF





Ketika trend Rice Bubble Chocolate meningkat, saya juga tidak terlepas untuk mahu mencuba. Ya, cuba untuk menjual. Coklat yang saya gunakan ialah Beryl’s dan Nutella. Dengan yakin bahawa saya boleh menjual dan yakin bahawa orang akan membeli walau berapa pun harganya, saya terus buat 20 botol kecil.

            Strategi saya ketika itu, menjual di Car Boot Sales (CBS) Danau Kota, Setapak. Ini kali kedua saya sertainya. Dengan harga yang saya letak RM 10 sebotol (sebab keyakinan tinggi), hanya seorang sahaja yang membeli. Itupun saya jual dengan harga RM 8. Sehingga tamat masa berniaga, tidak laku langsung Rice Bubble Chocolate saya.

            Tidak berputus asa, saya minta pertolongan seorang rakan di Ofis lama saya untuk menjual kepada staff. Tetapi kali ini, memang sentap hati. Rasanya kalau boleh, mahu lari jauh-jauh. Tiada siapa yang mahu membeli. 2 alasan yang diterima ‘Harga terlalu mahal, ada lagi yang jual lagi murah’.

            Kerana kecewa dan tidak mahu datang mengambil kembali barang, saya meminta rakan saya untuk agih-agihkan kepada sesiapa tanpa bayaran. Kebetulan pula saya akan balik ke kampung sempena Raya Haji, jadi tidak sempat untuk saya menjual di tempat lain. Mahu menjual online, takut rosak jika disimpan lama-lama.

            Tetapi inilah yang dikatakan, belajar daripada pengalaman. Ada pengalamankah jika gagal? Haruslah ada, antaranya:
  • Buat kajian mengenai bahan makanan yang bagus.
  • Buat ujian makanan (testing food) dengan memberinya pada orang yang terdekat - Penting mendapatkan maklum balas untuk peningkatan mutu.
  • Buat hanya sedikit untuk ujian pasaran (test market) – Supaya modal tidak hangus terlalu banyak.
  • Buat kajian harga pasaran (market price) – Terlalu yakin dengan harga tinggi atau murah, belum tentu kuasa membeli adalah bagus.

             Boleh nampakkan apa sebenarnya saya telah pelajari daripada pengalaman ini? Mula -mula memang mahu berputus asa, tapi sekejap sahaja. Yang penting, kita tingkatkan usaha untuk menimba ilmu sebelum ‘terjun’. Sambil timba ilmu, sambil berdikit-dikit kuasai bisnes dengan memulakan apa yang ada di tangan.

No comments:

Post a Comment