Monday, 12 October 2015

Sabar Bukan Sebarang Sabar

ENTRI 45

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

                                               

Hari ini sudah bermula semester baru. Insya Allah, ini bermakna semester terakhir sebagai seorang pelajar. Hari pertama ini juga saya bertemu dengan pensyarah. Berbincang mengenai proposal projek penyelidikan yang telah dihantar pada minggu lepas.

     Perbincangan tidaklah mengambil masa yang lama, sekitar 30 minit. Ia sebagai mukaddimah dua hala antara kami, supaya apa yang saya buat adalah berbaloi. Malah segala input daripada pensyarah, menjadikan saya lebih fokus dengan apa yang ingin saya buat.
  
      Kesabaran saya sebenarnya teruji sedikit ketika mahu mendaftar PROJECT PAPER. Kebiasaanya sebelum semester bermula, sudah ada pre registration course. Tetapi untuk PROJECT PAPER perlu mendapatkan supervisor sebelum mendaftar.

      3 jam 30 minit beratur hanya untuk 1 perkara sahaja. Disebabkan tidak mahu berulang alik dari rumah ke UNITAR, tahan sahaja walaupun sakit pinggang berdiri lama-lama.

       Sekurang-kurangnya sudah lepas 1 perkara, boleh fokus pada penulisan dan perkara sampingan yang sudah ada jadualnya sendiri. Harapannya supaya tidak perlu keluar banyak kali. 

NOTA KECIL: Orang lain mungkin nampak buang masa beratur, tapi ini satu-satunya jalan yang mudah dan lebih pantas dari berulang kali menelefon bahagian akademik.

No comments:

Post a Comment