Friday, 9 October 2015

Tudung dan Kos

ENTRI 36

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Sebagai seorang wanita, saya tidak terlepas dalam naluri untuk mengumpul pelbagai jenis tudung. Kalau dikumpul apa yang ada sekarang, rasanya sebakul kecil juga tudung. Kebanyakkan tudung adalah jenis bawal dan jenis sarung. Jarang saya membeli selendang kerana pelu memperuntukkan masa yang lebih sedikit untuk ketelitian.

                Selain daripada jenis tudung, material dan kualiti tudung adalah penting bagi saya. Ia juga bergantung kepada kos sehelai tudung. Tidak semua tudung yang dibeli adalah mahal, tudung bawal RM 10 pun saya beli jika coraknya menarik.

                Dengan fesyen tudung yang pelbagai, pasti saya tidak terlepas dengan kata-kata ‘Alah, tudung je. Kain kosong macam ni pun mahal?’. Tetapi jika diambil kira kos-kos yang tersembunyi untuk menghasilkan tudung, saya pejamkan mata dan buka minda. Kadang kala jika keluar membeli bersama ibu yang mementingkan material yang bagus, dia tidak kisah dengan harga (tetapi tidaklah sampai tahap RM200 sehelai).

                Saya pernah cuba untuk menghasilkan tudung 4 segi jenama sendiri (yang sampai sekarang tidak menjadi). Agaknya Allah nak tunjuk, kalau hanya memikirkan untung sahaja, tidak akan berhasil. Jadi, saya mengambil ikhtibar dan membuat penelitian mengenai keperluan dalam pembuatan tudung:
  • Material kain haruslah bagus (contoh: crepe atau heavy chiffon)
  • Saiz tudung (contoh: 4 segi – bidang berapa, selendang – berapa lebar dan panjangnya)
  • Kos raw material (contoh: harga se meter dan meter yang diperlukan)
  • Kos jahitan (bergantung kepada saiz, banyak atau sedikit tudung yang dihasilkan dan jenis jahitan)
  • Value added yang membuatkan tudung anda lain daripada yang lain (contoh: manik, lace atau inner)

                 Bila sudah diambil kira perkara-perkara tersebut, baru saya tahu betapa peningnya mahu menentukan harga nilai pasaran. Itu belum lagi mengambil kira kos pemasaran. Buat sesuatu tanpa ilmu atau maklumat yang baik, beginilah hasilnya. Jangan disalahkan pembeli jika produk kita tidak bagus dan tidak menepati keperluan mereka. Teruskanlah usaha sehingga berjaya. Aminnn. ^_^

No comments:

Post a Comment