Thursday, 15 October 2015

Ulasan eBook Bisnes Butik Online Offline

ENTRI 50

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)




Membuka bisnes butik bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Silap percaturan, modal akan ‘hangus’ dan stok barangan pula memenuhi ruang simpanan. Lebih malang lagi, jika anda memulakan bisnes dengan berhutang. Mahu tidak mahu, hutang tetap perlu di bayar walaupun bisnes anda tidak berjalan.

       Melalui pembacaan eBook Bisnes Butik Online Offline, mencari pengalaman dengan bekerja di butik serta penyellidikan produk dan pasaran adalah aspek yang perlu di titik beratkan. Ia dapat memberi gambaran terhadap produk pemasaran atau perkhidmatan kita, sama ada kita mempunyai produk yang sama di pasaran atau mempunyai kelebihan tambahan yang tidak terdapat pada orang lain.

      Dengan panduan daripada kisah orang yang berpengalaman dalam bidang bisnes butik, saya dapat simpulkan bahawa pengurusan produk, kewangan serta khidmat pelanggan adalah perkara asas perlu di kuasai. Tanpa asas yang kukuh, sehebat mana pun produk anda, pelanggan akan lari jika khidmat pelanggan tidak di jaga dengan baik.

                Antara inti pati ringkas di dalam eBook Bisnes Butik Online Offline adalah:
  • Produk pakaian untuk dijual, sama ada pakaian wanita, pakaian lelaki atau pakaian kanak-kanak.
  • Fokus produk berasaskan gender yang di pilih. Jika produk anda adalah pakaian wanita, tetapkan fokus produk kepada beberapa kategori seperti aksesori, koleksi kasut, pakaian kasual atau pakaian bekerja.
  • Kenal pasti sasaran pelanggan
  • Kenal pasti kemahiran dalam bisnes dan kuasai kaedah promosi supaya dapat menarik pelanggan baru serta mengekalkan pelanggan sedia ada.
  • Kenal pasti sumber bekalan produk dan kelengkapan butik
  • Kaedah mengumpul modal dan strategi pengurusan modal bagi mengelakkan ketirisan wang.
  • Panduan dalam mendaftar dan mengurus pentadbiran bisnes.
  • Memahami kaedah berkesan dalam promosi dan pemasaran produk
  • Kuasai teknik khidmat pelanggan ketika berurusan dengan mereka

                 Apa yang penting, usaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berpuas hati atau sentiasa berada dalam zon selesa. 

No comments:

Post a Comment