Friday, 16 October 2015

Ulasan eBook Yeay Mama Sudah Resign

ENTRI 53

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR)


Saya dan adik beradik membesar dengan hanya ayah yang bekerja, manakala ibu seorang suri rumah. Malah kami bersyukur di besarkan dengan mendapat pendidikan sehingga ke peringkat yang tinggi. Walaupun kini saya masih tidak berpeluang untuk bekerja semula dengan menumpukan perhatian kepada pengajian Ijazah, tetapi saya mahu berusaha untuk mendapatkan pendapatan sendiri.
       
       Alasan yang paling mudah 'Sampai bila saya mahu ayah dan ibu menanggung kehidupan seharian saya?'. Saya juga mahu mempunyai simpanan hasil pendapatan sendiri dan memberi ganjaran kepada diri.  

     Melalui buku eBook Yeay Mama Sudah 'resign' ini, ia memberi peluang kepada saya memahami permasalahan yang sering dialami oleh ibu yang bekerjaya. Antara maklumat yang saya perolehi adalah:    

Faktor ibu bekerjaya mahu berhenti:
  • Mempunyai anak – mahu mengasuh sendiri dan menyusukan anak secara ekslusif
  • Berjauhan dengan suami kerana berpindah tempat kerja
  • Kesukaran mencari pengasuh atau taska yang sesuai
  • Mahu mengurus rumah tangga sepenuh masa
  • Kewangan keluarga sudah stabil
  • MASA yang terhad untuk bersama anak-anak
  • Mahu mempunyai masa bekerja sendiri, bukan mengikut masa orang
  • KOMITMEN kerja yang tinggi (outstation atau stayback)
Pelan tindakan awal:
  • Berbincang dengan suami – membuat kiraan pendapatan keluarga
  • Fokus kepada kemahiran atau kepakaran yang ada
  • Mempunyai ruang kerja sendiri
  • Mempunyai wang simpanan sebagai modal bisnes
  • Mulakan dengan dropship atau modal yang minima (1/4 daripada simpanan)
  • Mulakan bisnes dengan menggunakan platform percuma seperti Blogspot dan Fanpage
  • Lakukan secara sambilan terlebih dahulu
Kebaikan yang diperolehi:
  • Dapat memanfaatkan masa dan menguruskan aktiviti dari rumah
  • Boleh mengubah suai sendiri MASA mengikut keadaan – masa yang fleksibel
  • Berpeluang mengajar anak-anak di rumah
  • Berpeluang menjana wang tanpa had

    Saya terkesan dengan kata-kata perkongsian daripada salah seorang Working At Home Mom (WAHM) iaitu Puan Umi Arbee bahawa berhenti kerja bukan main-main. WAHM juga bukan main-main. Saya akhiri dengan terjemahan berikut:

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

2 comments:

  1. Kemas blog puan. Straight to d point. Short n sweet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Puan Umi. 😊

      Delete