Wednesday, 4 November 2015

Pentingnya Menggunakan Nama Sebenar

ENTRI 70

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Alhamdulillah. Hasil carian nama saya melalui Google untuk Blog (munirah-yusoff.blogspot.my) dan Instagram (munirahyusoffonlinestore) berada di muka surat (Pages) yang ketiga. ^_^

        Carian dibuat pada hari ini: 4 November 2015, selepas 2 bulan mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan. Walaupun sekarang tak serancak membuat entri baru ketika masih cuti semester 3 minggu yang lalu, tapi nampak juga hala tuju penulisan.

       Tapi apa yang pentingnya menggunkan nama sebenar? OK, cuba anda buat carian nama-nama besar seperti Irfan Khairi (Jutawan Internet), Dato' Azizan Osman (Pakar Pemasaran), atau Dr. Zaharuddin Abd Rahman  (Penasihat Shariah Kewangan Islam Tempatan & Antarabangsa) *sekadar beberapa nama*, anda mesti akan jumpa nama-nama mereka berada dalam carian yang teratas. 

         Bukan setakat berada di carian yang teratas, tetapi anda jumpa blog, sosial media atau produk yang berkaitan dengan mereka. Penjenamaan produk memang penting juga, cuma dengan hanya menggunakan nama sebenar, anda boleh jumpa segala yang berkaitan dengan anda. *Carian yang mempunyai nama sama dengan anda tu, tak termasuk la ek. :D *



        Insya-Allah saya cuba nak kekalkan rentak fokus dan kosisten dalam menulis. Bukan mahu syok sendiri, tapi mahu berkongsi catatan pengalaman dan cerita mengenai bisnes mahupun komputer. Orang kata, ilmu jangan kedekut. Hehheee.

No comments:

Post a Comment