Sunday, 24 January 2016

Komunikasi Dua Hala Dengan Guru

Entri 77

Teks & Foto: Munirah Yusoff

 [Catatan Harian]

Supervisor, Madam Lim
Setiap bulan sekurang-kurangnya saya jumpa dengan supervisor, Madam Lim untuk perbincangan kertas penyelidikan. Dan setiap kali jumpa, dia akan semak dan perbetulkan beberapa perkara. Tapi kan, bila pensyarah buat semakan macam zaman cikgu sekolah dulu, ingat tak takut ke? Paling takut kalau tak dapat capai syarat minimum. Walaupun jarang berjumpa, saya akan pastikan pembetulan di buat dan akan menghantar fail yang baru.

       Kadang-kadang nampak macam payah, sebab dalam email pun kurang berkomunikasi. Tapi sekali jumpa, cukup 30 minit, banyak input yang dia bagi. Bukan setakat dia bagi pandangan, dia siap tulis maklumat yang dia nak pada kertas. Jadi, tak adalah saya terlupa. ^_^

        Nak belajar, nak berguru, sila adakan komunkasi dua hala. Kalau belajar sendiri, boleh. Cuma kadang-kadang kita akan jumpa 'jalan jauh' sedangkan ada 'jalan pintas'. 




Jangan ingat nak buat format thesis tak perlu nota rujukan. 

Contoh yang belajar sendiri? Ini yang saya buat, draft tesis ikut buku dari kosong hingga menjadi draft yang mudah. Ikut jalan dekat, boleh saja nak guna template yang pensyarah bagi. Cuma saya tak guna sebab jalan jadi makin panjang nak kena ubah-padam-tambah.

P/S: Mana yang boleh belajar sendiri, belajar sendiri. Nak tambah lagi ilmu, cari guru. :D


No comments:

Post a Comment