Wednesday, 2 March 2016

20 nota produktif usahawan SOHO

Entri 84

Teks: Munirah Yusoff
Foto: ABDR
Sumber: Ebook 101 Idea Home Based Bisnes.


1. Mulai hari dengan penuh semangat.
Ia bermula dengan sarapan yang baik, fikiran yang tenang, bersemangat untuk bekerja. Nyahkan segera segala fikiran negatif dan mahu berusaha sebaik mungkin untuk hari tersebut.
2. Memiliki kerusi yang baik.
Kerusi berfungsi untuk menyokong badan ketika duduk, mencegah sakit belakang dan ia membantu untuk anda memiliki tubuh badan yang sihat. Duduk berjam-jam memerlukan anda sebuah kerusi yang selesa dan menjaga kesihatan.
3. Nota dan pen.
Selalulah membawa bersama nota dan pen. Ia boleh sahaja sebagai catatan untuk menulis idea yang muncul secara tiba-tiba, projek baru atau entri baru untuk blog.
Memiliki papan kenyataan juga menjadikan pemilik SOHO lebih terurus. Sentiasa berada dalam trek apabila melihat apa yang sedang
"dikerjakan‟ dan projek akan datang. Jadi diri anda sentiasa produktif dan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.
4. Beri diri masa berehat.
Jangan kunci diri dalam bilik sepanjang masa. Untuk setiap jam dan bekerja, istirehat lima hingga 10 minit.
5. Lakukan perkara yang mengembirakan.
Apabila sesuatu tugasan berat, lakukan hal-hal kecil yang boleh mencetuskan perasaan gembira, seperti menikmati sepotong coklat, membaca artikel lucu, atau boleh sahaja menulis catatan harian dan berkongsi di blog peribadi.
6. Jadual kerja.
Ada individu yang gemar bekerja pada waktu pagi, ada pula yang suka pada petang atau malam hari. Pilih masa kerja yang boleh member momentum kepada produktiviti.
7. Berhati-hati dengan pengaruh sekeliling.
Ada individu yang suka bekerja dengan suasana tenang, sunyi, ada yang suka bekerja sambil mendengar muzik dan menonton tv. Jika ia membantu anda bekerja dengan baik, boleh teruskan,
Baca lagi di sini: Ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

No comments:

Post a Comment