Friday, 11 March 2016

4 Cara Mendapatkan Ilmu

Entri 87

Teks : Munirah Yusoff


1. Membaca buku. 
Dengan membaca buku, ilmu yang didapati adalah tepat, komprehensif dan murah. Sekurang-kurangnya 3 buah buku seminggu.
  • Dulu saya banyak menghabiskan masa dengan membaca novel.
  • Sekarang saya banyak beralih arah dengan membaca buku motivasi, keagamaan atau yang berunsurkan kemahiran (fotografi, komputer atau masakan)
  • Kebiasaannya ikut mood dan baca sedikit-sedikit. Bila ikut mood, memang banyak beralih dari satu buku ke satu buku.

2. Menghadiri seminar dan kursus. 
Cara ini amat berkesan kerana kita boleh belajar banyak ilmu dalam masa yang singkat.
  • Jika melibatkan pengajian bidang saya (komputer dan IT), saya akan ikuti latihan yang dianjurkan oleh MDEC atau MSC.
  • Sekarang banyak latihan untuk lepasan graduan seperti SLIM, GEMS atau YES anjuran TalentCorp.
  • Kursus-kursus keusahawan pun sudah banyak - setakat ini saya hadir kursus anjuran Dr. Azizan Osman.
  • Untuk asas penulisan dan blog, saya ikuti kelas anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

3. Menggaji pakar atau mentor. 
Cara ini memang berkesan kerana ada pakar yang menunjuk ajar kita. Walaupun cara ini selalunya memakan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan buku dan seminar, ia sering membawa keputusan yang cepat.
  • Contoh jika kita kurang mahir dalam perakauanan atau membina website.
  • Mereka yang mahir akan memudahkan urusan kita.

Mereka yang bijak akan menggunakan kombinasi buku, seminar dan mentor untuk mempercepatkan perjalanan mereka kearah kejayaan.

4. Ada lagi satu cara untuk mendapatkan ilmu untuk mereka yang malas untuk membaca buku atau menghadiri seminar 
  • Tunggu dan lihat jika akan ilmu datang tanpa usaha???
Tunggu untuk dunia mengajar ilmu itu kepadanya! Malangnya apabila ilmu kehidupan itu datang dari dunia, ia selalunya melibatkan banyak tangisan, kerugian, kesakitan dan penderitaan!
Now that you know all these, apakah yang akan anda lakukan?

========================================================
Promosi Mac RM 50
    
Mahu belajar ilmu penulisan blog? Mahu mengetahui bagaimana membina jenama diri melalui blog?
Boleh rujuk di sini > Pakej Kelas Online yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).
Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar Mac 2016 sedang dibuka.
Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

Munirah Yusoff
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60193447292
Facebook/Instagram: munirahyusoffonlinestore


Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan.
Terima kasih~


No comments:

Post a Comment