Sunday, 27 March 2016

ABS BEAUTY : Juruterapi dan Pengurusan Spa

Entri 90

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & Cik Puan Izyan Jamal


Assalamualaikum w.b.t.



Hari ini saya, Puan Ungku Rohaiza dan Cik Puan Leeya ke OrkedSpa, Ampang dan bertemu dengan pemiliknya, Cik Puan Izyan Jamal. Sambil berdiskusi mengenai promosi baru, sempat juga saya belajar mengenai teknik mengurut dan menimba ilmu fisioterapi dengan Cik Puan Leeya, seorang terapis dengan kelulusan fisioterapi. Sebelum ini beliau berkhidmat di spa KLIA (lounge business). 

    Bila duduk semeja dengan Puan Ungku Rohaiza, nampak macam borak santai tapi banyak sebenarnya ilmu diberi.Seronok sebab melibatkan komunikasi dua hala. Perkongsian hari ini mengenai 'Keperluan penting dalam pengurusan spa', antaranya:

1
Circulation Air
  •   Pengudaraan yang bagus, bersih dan wangi dapat meransang emosi yang tenang.
  •    Minyak aromaterapi pure (bukan sintetik) dapat memberi kesan yang baik, sihat dan segar pada pelanggan yang hadir ke spa kita. 
  •  Minyak aromaterapi mempunyai bau yang berlainan dan memberi kesan yang berbeza mengikut keperluan.


2
Emosi
  •  Juruterapi perlu mewujudkan aura yang positif semasa memberi khidmat.
  •  Pelanggan datang untuk mendapatkan ketenangan.
  •  Buang segala aura negatif di sekeliling kita.
  •  Aura yang negatif akan memberi kesan yang negatif juga kerana akan merasa tidak tenteram dan stress.

3
Juruterapi
  • Harus mempunyai santun yang tinggi.
  •  Mempunyai emosi keibuan dan kasih sayang.
  • Sihat tubuh badan dan berada dalam keadaan tenang supaya dapat merawat pelanggan dengan baik.
  •  Beri pendedahan kepada pelanggan
  • Wujudkan kemesraan untuk membina KEPERCAYAAN dan KESERASIAN
  • Wujudkan elemen SOAL-JAWAB supaya kita kenal pelanggan
  •  Mengetahui tahap kesihatan pelanggan adalah penting sebelum memulakan sesi rawatan : samada mengalami bengkak, kulit sensitif atau terdapat luka.


4
Kesan Teraputik
  •    Adakan Welcome Drink iaitu air lemon dan madu.
  •   Menggunakan minyak aromaterapi yang pure.
  •   Bahan yang mengandungi bahan sintetik akan menimbulkan kesan alergik kepada sesetengah pelanggan.


5
TRIBE/FOLLOWERS

  • Content dan copywriting perlulah patuh syariah.
  •    Terangkan kelebihan dan fakta produk atau servis, bukan jaminan yang tetap.
  •  Perlu ada product knowledge supaya dapat mengetahui masalah pelanggan.
  • Contoh ayat yang bukan patuh syariah ialah “Jaminan putih mulus dalam masa 7 HARI”. 7 HARI adalah hasil. Ia memberi jaminan tetap namun sebenarnya ia bergantung kepada permasalahan kulit, cara pemakanan dan kebersihan.
  • Rujuk kepada yang pakar untuk mendapatkan fakta yang betul.
  • Sambil memberi maklumat, sambil berdakwah.




P/S:  Bina kepercayaan pelanggan dengan jujur dan amanah.

No comments:

Post a Comment