Tuesday, 22 March 2016

ABS BEAUTY : Pencarian Tim Sales Online

Entri 89

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff

SPA ABS BEAUTY

Alhamdulillah siang tadi berkesempatan ke ABS Beauty untuk perkongsian ilmu bisnes SPA oleh Puan Ungku Rohaiza. Asalnya terlihat posting Puan Ainon Mohd mengenai Pencarian Tim Sales Online ABS Beauty. Hanya daftar nama, datang dan terus belajar. *Eh, mudah macam tu je?* :D

   Mula-mula terkejut juga, ingatkan kena temuduga dulu. Tapi bila saya tanya dengan Puan Ungku, beliau kata cuma perlu daftar dan terus belajar. Hasil dari pemantauan kerja yang kita buat nanti, baru beliau akan nilaikan. Jadi saya fikir, alang-alang ada yang sudi berkongsi ilmu serta memantau usaha kita, apa salahnya kalau saya ambil peluang ini.

   Di ABS Beauty saya berkenalan dengan Cik Fa dan Cik Fatin, antara tim di ABS Beauty. Bertambah lagi kawan baru. Untuk sesi ini, Puan Ungku buat perbincangan di Bangi Kopitiam Dolomite Batu Caves, berkongsi cerita mengenai ABS Beauty sambil menunggu Tuan Hairul (BookCafe) *maaf jika tersalah nama*. 

     Antara perkongsian yang saya dapat adalah mengenai:
1.     SOP perhubungan - tentukan waktu operasi bekerja (contoh: 9pagi - 5petang), waktu membalas email (contoh: dalam 24 jam) dan waktu membalas SMS atau Whatsapp (contoh: dalam 1 jam)
2.     Copywriting - Wajib ada tajuk, maklumat dalam bentuk point, link ke website atau blog (segala urusan lanjut di sini sebagai 'rumah'), terangkan keperluan (contoh: produk atau servis yang disediakan) dan akhir sekali Call to Action (CTA) supaya pelanggan tahu apa yang perlu dilakukan.
3.     Faktor orang membeli melalui online : pengisian maklumat, servis (pengambilan order, penghantaran dan maklum balas) dan stok barang dicari ada pada kita.

Di sini saya kongsikan juga maklumat dalam bentuk point:





Nota kaki: Berguru biar ramai, tapi jangan sampai tersalah pilih. Pilih mereka yang dah lama menceburkan diri dalam sesuatu bidang yang kita mahu belajar. ^_^

No comments:

Post a Comment