Wednesday, 16 March 2016

Pengalaman Menjual Buku Secara Online

Entri 88

Teks : Ruqaiyah Yusof
Foto : Ruqaiyah Yusof

*Kisah ini diambil dari grup tertutup (FB) yang saya kongsikan atas kebenaran empunya diri. Hanya sedikit pengolahan dibuat untuk berkongsi maklumat penting*



Sebelum saya menjual buku, saya bekerja sebagai freelancing Graphic DesignMemandangkan sudah bekerja dan menjual buku pula hanya separuh masa, sukar untuk saya mencari pelanggan. Antara buku yang saya baca untuk tambah pelanggan adalah buku ini - Buku Pelanggan Setia. Buku ini di tulis oleh Konsultan yang melatih bahagian Khidmat Pelanggan (Customer Service) syarikat-syarikat besar. Khidmat Pelanggan ibarat NADI dalam sesuatu bisnes.

Saya mengaplikasikan tips di dalam buku ini untuk menjaga pelanggan selain mengamalkan ilmu-ilmu pemasaran yang saya dapat semasa memulakan bisnes designPOINT PENTING saya mahu kongsi di sini ialah pengalaman dalam penjualan buku. Pada permulaan, memang tiada pelanggan yang mahu membeli. Tetapi saya teruskan berkongsi.

Elakkan Hardsell, tetapi berkongsi apa manfaat orang lain dapat dengan buku itu. Contoh hardsell;
  1. Post gambar,
  2. Letak harga
  3. Letak, 'Untuk pembelian, whatsapp 01XXXXXXXX

Contoh Berkongsi manfaat;
  1. Post gambar
  2. Macam mana buku ni membantu hidup kita?
  3. Kenapa kita memerlukan buku ni?

Ya, memang kalau hardsell, boleh jual buku bestseller. Tetapi tidak ramai orang tahu, buku bestseller ini cerita mengenai apa. Perlukah mereka beli? Di sini kita membantu mereka, untuk buat keputusan sama ada perlu beli atau tidak.

=========
Selepas berkongsi manfaat, insya Allah akan ada pelanggan pertama, kedua dan seterusnya. Bila ada pelanggan pertama, jangan lepaskan, pastikan dia buat pembelian kedua! Follow up and keep in touch.
===========
Adakah selepas buat pembelian kedua, mereka akan jadi Pelanggan Setia?

Saya menggunakan teknik H=impun, M=inat, T=rust, J=ual (HMTJ)
Apa yang terpenting, jaga pelanggan.
===========
Apa itu Pelanggan Setia?
Pelanggan setia adalah tribe kita dan mereka inilah yang akan buatkan FREE MARKETING untuk kita. Selain dia membeli, dia juga mengajak kenalan-kenalan dia membeli dengan kita. Siapa yang tidak mahu pelanggan setia. Semua orang mahu pelanggan mereka jadi pelanggan setia.

Cuba baca buku ini - Buku Pelanggan Setia.
Antara point dalam buku ini yang saya sudah amalkan ialah memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kita. Kalau ada pelanggan tidak berpuas hati, perlu gantikan dengan sebarang manfaat.

Alhamdulillah ramai pelanggan yang mengulang pesanan buku. Sebab pertama, rezeki Allah bagi. Sebab kedua, tanamkan dalam diri untuk jaga pelanggan dan pastikan pelanggan berpuas hati.Dan kesannya, kita bina pada pelanggan rasa 'trust', rasa selesa, rasa senang dengan kita.

Dalam buku 'Memulakan Bisnes Sendiri', muka surat 39, ada juga sentuh tentang pelanggan-pelanggan ini. Tapi buku 'Pelanggan Setia' sentuh dengan lebih mendalam tentang pelanggan.
========
Yang penting bukan banyak mana jualan kita, tetapi berapa ramai boleh kita bantu. Apabila ramai kita dapat bantu, makin ramai suka membeli dengan kita.
========

Selamat berjaya!
Dan Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment