Friday, 20 May 2016

Buku : GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA

Entri 101

Teks & Foto : Munirah Yusoff




Sebenarnya saya baru tahu kewujudan buku 'GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA' ini semasa melihat Flash Sale PTS di Facebook PTS. Sebuah buku RM 2. Tapi tak ambil kisah dan tak terniat pun nak beli. Sebab rasa macam buku-buku yang dijual terlalu murah sebegini, jarang mendapat perhatian orang.
.

Cuma saya jadi beli bila saya singgah ofis ABS Holdings sementara menunggu Tuan yang memegang kunci ofis ABS Beauty habis mesyuarat. Rakan saya, Puan Nora (Tim Sales Online) yang perasan buku ini di atas meja Puan Nadia (ABS - Branding). Katanya seronok dan maklumat yang bagus walaupun sekejap saja bacanya.
.

Bila dah Puan Nora kata bagus, terus saya beli. Ingat nak buat pesanan 2 buah tapi masa tu tinggal 1 saja. Cepat-cepat saya check-out dan bayar sebab tak mahu terlepas. Tak jangka pula buku ni cepat habis. :D
.

Saya tak pasti di kedai masih ada atau tidak, yang pasti pihak PTS tak akan buat cetakan lagi. Rezeki saya saat-saat akhir dapat beli. Insya- Allah jika sudah habis baca, saya akan buat review. :)
.
.
.
Ini antara maklumat mengenai 'GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA' ini. 

SINOPSIS

Pemimpin super TAHU
Kerana satu perkataan, seluruh organisasi bergerak.
Kerana satu arahan, gaya kerja berubah.
Kerana satu pandangan, persepsi pengikut beralih arah.
Pemimpin super SEDAR
Ada sebahagian pengikut berkata ya, sebahagian berkata tidak.
Ada pemimpin diangkat dan ada pula yang ditolak.
Ada pula yang diangkat awalnya akhirnya tertolak.
Pemimpin super MAHU
Menguasai kunci mengawal pengikut.
Memegang lebih daripada satu kuasa dalam organisasi.
Pengikut akur, pemimpin jadi tenang. Buku Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja memberi langkah kepada anda bagi menjadi pemimpin super.

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: MEMAHAMI KEPIMPINAN
Bahagian 2: KAJIAN KEPIMPINAN
Bahagian 3: CIRI-CIRI PEMIMPIN
Bahagian 4: GAYA PIMPINAN TRANSFORMASI
Bahagian 5: PENGURUS DAN PEMIMPIN
Bahagian 6: PEMIMPIN DAN KUASA
Bahagian 7: PEMIMPIN DAN PENGARUH
Bahagian 8: PEMIMPIN DAN PENGAMPU
Bahagian 9: PEMIMPIN DAN POLITIK PEJABAT
Bahagian 10: PEMIMPIN SEBAGAI PELERAI KONFLIK
Bahagian 11: PEMIMPIN DAN MENYELESAIKAN MASALAH
Bahagian 12: KESILAPAN PEMIMPIN
Bahagian 13: PEMIMPIN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Bibliografi

No comments:

Post a Comment