Wednesday, 18 May 2016

Skill Bisnes Paling Asas (BRC.MY)

Entri 100

Teks : Munirah Yusoff
Sumber : BRC.MY


Melalui pembacaan saya di Facebook BR.exploration, punca bisnes yang dilakukan mengalami masalah adalah kerana 2 kesilapan ini:

#1 Tunggu sempurna baru mahu mula

Bila terlalu mencari kesempurnaan seperti pergi kursus motivasi, mentelaah beberapa buah buku, mencari maklumat atau kumpul modal yang banyak, tetapi tiada sebarang tindakan, akan menyebabkan kita semakin kebelakang.

Malah, mungkin idea-idea yang ada tidak diketahui berjaya atau tidak kerana tanpa tindakan, kita tidak tahu apa keputusan yang perlu dibuat. Sama ada idea tersebut boleh dipakai atau lupakan terus dan cuba yang lain.
.

#2 Terus mula tanpa ilmu asas
Ini kebiasaan yang berlaku jika kita terus melakukan bisnes tetapi tiada asas untuk menjadikan tindakan kita itu berjaya.

Ilmu asas seperti:
  1. Jenis Perniagaan yang ingin dijalankan - Produk, Sasaran Pelanggan
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Stok
  4. SOP
  5. Teknik Jualan - HardSelling vs SoftSelling
  6. Copywriting

Tanpa ilmu asas atau kekurangan sumber maklumat, boleh menyebakan kita rasa putus asa jika tiada pelanggan yang membeli.
.
.
.

Untuk pembacaan lebih lanjut, boleh baca di sini ---- > BRC.MY - SKILL BISNES PALING ASAS

No comments:

Post a Comment