Tuesday, 1 November 2016

Terjebak Dengan Kursus SGR GIAT MARA

Entri 109

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Lama dah bersarang blog. Sejak masuk GiatMara bulan 7 haritu, tak terniat pun nak berkongsi cerita. Al-maklumlah betapa jauhnya terlari bidang. Daripada bidang komputer, terjun pula ke SENIREKA GAYA RAMBUT (SGR). 

Asalnya mahu ambil FASHION AND DRESSMAKING (FND) di GIATMARA GOMBAK. Tapi bila mahu memohon melalui laman web, dah penuh. Yang ada kekosongan, di GIATMARA PANTAI DALAM (GMLP). 

Entah macam mana, boleh terlepas panggilan telefon dari pihak GMLP. Bila telefon semula, dah penuh.

Nak tak nak, sementara tunggu kerja dan konvokesyen Master bulan 12 nanti, terima je dulu SGR. Saya masuk lewat seminggu lepas habis orientasi GMLP. Hari pertama dapat tahu masih ada 3 kekosongan untuk FND. 

Tapi sayang tak boleh dah nak masuk. Sebab cikgu nak bagi peluang pada orang lain yang mereka tak panggil lagi. Walaupun tak adalah minat pun, cuma nak mengisi masa lapang. Kira jalan terus masa ni. Jadinya, teruslah dengan SKM 2 SGR.

Tak kisah dah waktu ni, orang nak kata 'tak habis-habis nak belajar. Kerja susah jugak nak dapat.' Keadaan kita orang tak tahu. Kita sendiri je yang tahu.

Chill!!!








.
.
.

Untuk makluman pasal Giat Mara, boleh rujuk laman sesawang --> GIATMARA EDU.
Semua ada maklumat dari segi Senarai kursus, Permohonan Online atau GiatMara Negeri. 



No comments:

Post a Comment