Saturday, 27 May 2017

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2

Entri 111

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Alhamdulillah dapat tambah sijil lagi walaupun asalnya saja-saja nak ambil.
Setakat ni dapat Sijil dari Giat Mara je dulu untuk SKM 2 Seni Reka Gaya Rambut (SGR).

Sijil SKM 2 masih tak siap. Dah siap dapat kerja, baru dapat sijil. :D
Haritu minta kerja di Salun Muslimah dekat kawasan rumah, guna folio dan gambar akhir modul je.


Benda yang perlukan praktikal, setiap masa kena naik taraf skill. Sepanjang 5 bulan kerja ni, macam-macam ragam pelanggan nak kena hadap. Tinggal cara kita nak berkomunikasi dua hala untuk dapat hasil yang pelanggan nak.

Tak di nafikan, kerja yang berdepan dengan kehendak pelanggan, sangat mencabar. Kadang kala rasa senang hati di puji. Ada hari yang tak kena, boleh jatuh mood bekerja sepanjang hari. 

Apa yang saya dapat belajar dari bos dan pelanggan yang beri pendapat:
  1. Sambut pelanggan dengan tenang.
  2. Beri penerangan sedikit jika pelanggan sedia menunggu untuk dapatkan perkhidmatan.
  3. Buat soal selidik atau sedikit soal jawab tentang perkhidmatan yang pelanggan mahu.
  4. Buat pengesahan dua atau tiga kali ketika perkhidmatan sedang dijalankan.
  5. Dengar dan faham tentang apa yang pelanggan mahu katakan.
  6. Minta gambar pengesahan tentang fesyen rambut apa yang di mahukan.
  7. Jangan sesekali anggap kita boleh baca fikiran pelanggan. Apa yang dia mahu, mungkin tak sama dengan apa yang kita bayangkan.

Nampak macam senang kan? Tapi banyak anggota kena bergerak.
  1. Tangan bergerak untuk buat fesyen rambut yang pelanggan nak.
  2. Mulut kena bercakap untuk beri penerangan atau bersoal jawab.
  3. Otak kena berfikir untuk beri jawapan yang sepatutnya.
  4. Telinga kena fokus mendengar apa yang pelanggan mahu katakan.

Kadang-kadang ada hari yang sibuk, 3 jam berdiri dan bergerak tangan, kaki dan mulut untuk layan pelanggan. Jangankan nak makan, nak minum pun tak sempat sampai cair air batu. Hihi.

Kesabaran dan ketabahan tinggi betul.


No comments:

Post a Comment