Thursday, 19 October 2017

Kain Cotton dari Raiqa Asfa

Entri 116

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Sempat juga sampai kain yang saya beli dari Raiqa Asfa untuk kelas jahitan pertama minggu depan.
Corak sebelah kanan (Berbunga), 2 meter RM 20. Yang corak jalur sebelah kanan, 1 meter RM 10.  Dua-dua bidang 45. Kira bolehlah untuk jahit dalam kelas pertama nanti.



Sebenarnya Raiqa Asfa satu jenama. Owner dia nama Kak Nadjlin Md Wahi (nama samaran Kak Ein). Kawan zaman online komuniti nasyid sejak dari 2004 lagi. Geng forum Sahabat Hijjaz dan Telaga Biru Fans (TBF). Alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung. Seronok tengok hasil jahitan sejadah dia.

Kain Cotton yang Kak Ein jual ni sebenarnya dia memang nak jual. Katanya masih banyak dalam simpanan dan nak jual apa yang tak digunakan. Dari banyak-banyak gambar yang dia post di FB, dua yang berkenan.

Kalau ada yang nak tengok design sejadah hasil tangan dari Kak Ein, bolehlah jenguk  FB Page Raiqa Asfa.

😀

No comments:

Post a Comment