Tuesday, 3 October 2017

Daftar Kursus Jahitan

Entri 112

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Lama sangat dah tak bersiaran sejak kerja di Salun Muslimah.

Kurang sikit nak berkongsi cerita tentang kerja. Lagipun kurang berminat nak cerita, tak banyak isu yang boleh di khabarkan.

Cuma bermula siaran kali ini, saya kembali nak hidupkan blog. Berhijrah bidang lagi. Dari komputer ke Seni Reka Gaya Rambut hinggalah sekarang, bidang jahitan.



Hari ni memang nekad daftar Kelas Jahitan. Lama dah simpan hajat, sejak tak dapat masuk yang Giat Mara tahun lepas sebab dah penuh.

Cari punya cari yang mana sesuai, yang berkenan, yang mudah ikut hati, jumpa Pakej dari Smart Skill.

Dalam 7 Pakej yang ada, saya ambil Pakej C (Asas Jahitan, Blaus Wanita, Kemeja Wanita, Jubah/Basic Dress, Seluar Wanita). Harga kelas RM 720 dan pendaftaran cuma RM 70.

Pilihan waktu dan hari hari ikut kita. Saya pilih yang kelas pagi, 2 kali seminggu hari biasa. Senang kalau balik, ada masa boleh terus sambung semula.

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak ambil yang ada jahitan Baju Kurung dan seangkatannya, kan?

Terus terang, saya lagi suka hantar baju kurung ke orang yang dah biasa buat. Bukan tak nak belajar, tapi bukan keperluan sekarang. Hihi

Lagipun jarang dah pakai baju kurung, setakat untuk pergi ke acara formal je. Nak lagi sekarang tak kerja ofis, pakai biasa-biasa cukup. 😊

Itu sebab kenapa saya nak belajar buat pakaian yang tak renyah, tak terlalu banyak cerita nak buatnya. 

Sekarang ni tengah nak godek-godek kelas Online, nak ingatkan balik asas-asas yang mana perlu sebelum masuk kelas Pakej ni.

Yang penting, mestilah kena buat secara praktikal. 

Go go !!
.
.
.

Nota : Kalau ada yang tengah mencari kelas jangka pendek, boleh jenguk laman web www.smartskill.com.my . 

Manalah tau jumpa kelas yang berkenan ke. 😉

No comments:

Post a Comment