Saturday, 28 October 2017

Mesin Jahit Tepi Singer ULTRALOCK 100

Entri 124

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Image may contain: indoor

Gigih pagi hujung minggu nak pasang benang mesin jahit tepi jenis Singer Ultralock 100 . Kononnya kalau tengok nota gambar kat penutup tu, bolehlah faham.

Hampir satu jam cuba pasang dan jahit untuk dapatkan setting yang betul. Mak tolong gak, tapi mak pun ingat-ingat lupa. Itu pun dekat 4 tahun dulu, mak bawa ke kedai Singer Jalan Sentul. Mintak technician sana tolong pasangkan.

Sebab dah putus asa tak jadi-jadi nak pasang, saya dengan mak ke Kedai Singer di Sentul. 
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Technician kata mesin mak dah lama, tak ada keluaran lagi tapi masih boleh bertahan. Model yang ini pertama kali dia jumpa, jadi tak pernah la nak cuba pasang benang. Mana-mana model ada gambar sebagai rujukan, dia ikut je contoh gambar yang ada dekat mesin tu.

Dia buat sampai jadi. Siap baiki ketegangan benang yang kami puas hati bila tengok. Penyabar sungguh sebab kebetulan memang kami je pelanggan yang ada. Jadi dia buat je la. Katanya tambah pengalaman dapat baiki macam-macam model mesin.

Ok, yang ada masalah mesin dan berdekatan dengan kawasan ni, nolehlah datang ke sini. Boleh guna Google Maps atau Waze Kedai Singer Sentul.

Alamat :
782 Jalan Sentul, Off Jalan Ipoh 51000 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon:
+60 3-4042 1775

Landmarknya, di sebelah kiri HGH Kuala Lumpur. Kedai Singer di sebelah kanan. Betul-betul masuk kanan di lampu isyarat.

Image may contain: sky, cloud, tree and outdoor

Image may contain: sky and outdoor


#KedaiSinger
#KedaiJahit


1 comment:

  1. Saya pon ambek mesin jahit tdpi mak yg sama mcm ni. Mak saya strok 2014. Tp katanya mesin tu masih elok masa dia kena strok tu.skrg sy xreti nk buat mcm mana. Boleh tolong x?benang semua dh putus. Nk sambungkan mcm mana e?kalau tak keberatan tlg whatsapp saya 0193206901.terima kasih bnyak.ya.

    ReplyDelete