Tuesday, 31 October 2017

Modul 2.1 : Membuat Pola Blouse Muslimah

Entri 126

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Pertama kali buat baju. Banyak sangat perkara yang nak di soal:

   💭 Kenapa ukuran kena bahagi 4?

  💭 Kenapa pola badan buat separuh? 

  💭 Kenapa pola badan kena lipat 2, tapi pola lengan tak lipat 2?

  Dan macam-macamlah.

Paling rasa macam tak logik bila saya fikir semula, soalan pasal kenapa ukuran dada besar, pinggang kecil, pinggul besar? Macam mana nak guna pembaris nanti untuk buat bentuk? Hihi.

Sampaikan cikgu kata 'Badan manusia kan ada curve. Buat pola ni, sambil kira-kira dan lukis, kena bayangkan macam mana pola akan jadi baju.' 😆

Kali ni banyak kiraan dan lekuk nak kena lukis. Lepas tu nak kena pastikan semua bahagian cantuman, sama dengan jumlah akhir ukuran badan yang diambil.

Kalau tak diambil gambar cara yang cikgu buat, memang akan lupa. Nak-nak lagi sebab tak ada buku rujukan bergambar.



Kena lah buat sendiri kan. 
.

Cara guna permbaris L untuk buat
bahagian lubang lengan.



Cara guna pembari curve untuk bahagian
dada ke pinggang.

Cara guna pembaris curve untuk bahagian
pinggang ke pinggul.


Ikutkan design, cikgu nak buat zip bahagian belakang. Tapi sebab saya potong pola belakang, tak ada basi untuk zip, cikgu bagi 2 pilihan.

  1. 1. Zip bahagian depan, atau
  2. 2. Besarkan ukuran leher.

Tapi, cikgu permudahkan cara. Buat pilihan 1.

Alkisah, anak murid ikut je. Hihi.
Asalkan bajunya jadi siap dan elok di pakai.

#OrangBaruMenjahit

No comments:

Post a Comment