Tuesday, 24 October 2017

Modul 1.1 : Membuat Pola Skirt A Line

Entri 120

Teks & Foto : Munirah Yusoff

|Kelas 1 : 24.10.2017|

Masuk kelas jahitan yang betul-betul bersemuka dengan cikgu ni, rasa semangat sangat. Maklumlah, kalau belajar sendiri tengok buku dengan belajar secara berdepan, lain aura nak cepat serap masuk ilmu.

Nak kata saya langsung tak ada asas jahitan tu, adalah sikit. Belajar masa sekolah menengah sikit. Belajar yang mudah, tengok buku sikit. Tapi kalau yang betul-betul sampai boleh buat baju sendiri tu, tak ada. Memang tak faham cara nak buat pola, buat kira-kira, tekap pola atas kain, nak cantum lagi.

Dari awal tengok kertas pola, dah putus asa.

Jadi, kali ni, bila masuk kelas formal walaupun 2 bulan saja, senyum-senyum dulu. Bab stress tu, kita simpan untuk lain kali. :D

Apa asas yang saya belajar? Yang gambar di bawah, antara asasnya yang selalu saya tak buat masa belajar sendiri.


💗 ASAS GARISAN KERTAS POLA


Buat Garisan Dengan Jarak 1" sebagai
Penanda Aras masa melakar.
💗 MENEKAP POLA


Kena perhatikan corak, panajng dan lebar kain sebelum
menekap pola dan memotong kain.

💗 TANDA KAIN LIPATAN 



Dah masuk kelas, baru faham betul-betul kenapa ada tanda tiga bulatan ni dekat pola. Dulu asyik tertanya-tanya, kenapa pola kena buat separuh, kenapa masa nak tekap pola dekat kain, kain kena lipat dua.

 Paling mudah faham, sebab tak perlu potong ikut ukuran asal. Nak mudah, cepatkan kerja, dapatkan potongan yang sama dengan guna pola yang di bahagi dua.


💗 GUNTING TANPA MENGANGKAT KAIN


Kalau tak nak kain dan pola bergerak,
satu tangan tekan pola ke atas meja,
satu tangan lain menggunting.

Jangan biar kain menjungkit tinggi untuk elak hasil 'lisu'
berlainan dari asal pola.

💗 PINDAH POLA DENGAN KERTAS SURIH


Lipat dua kertas surih, letak di tengah-tengah
kain bahagian dalam.
💗 POLA DEPAN, BOLEH GUNA UNTUK POLA BELAKANG

Yang ini dah siap untuk pola depan.
Pola belakang tak perlu potong kertas pola lain.
Sebab tambah 1" je dari pola depan, lepas tu
potong macam biasa.

Ok. Siap bahagian pertama dengan buat pola Skirt A Line depan dan belakang. 

Saya akan sambung dengan Modul 1.2 : Menjahit Tepi Skirt A Line.



No comments:

Post a Comment