Tuesday, 24 October 2017

Modul 1.2 : Menjahit Tepi Skirt A Line.

Entri 121

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Bagi saya yang baru nak menjahit baju ni, antara perkara yang menyeramkan adalah menjahit tepi. Sebabnya takut masa jahit tepi, terpotong banyak kain. Lepas tu nak kena kawal kelajuan mesin sambil perhatikan kain supaya jahitan lurus.


Kadang-kadang tak pasti cukup ke tak masa
letak kain kat tapak mesin.

Jahitan terkeluar sebab masa menjahit rasa macam nak terpotong banyak tepi kain,
gerak-gerak kan kain.

Ini sebab terpotong tepi banyak rasanya. 

Punca sampai terkeluar jahitan ni, sebab terlajak tekan pedal mesin.
Bila tertekan laju, kain tu terlepas dari tapak mesin.
Mujur guna kain yang tak mahal. Mimpi ngeri kalau guna kain mahal-mahal masa permualaan kelas. Walaupun ada cikgu untul tolong, tapi rasa sayang la. hihi

P/S : Bersambung cerita dengan Modul 1.3 : Ben Pinggang Skirt A Line

No comments:

Post a Comment