Wednesday, 25 October 2017

Modul 1.3 : Ben Pinggang Skirt A Line

Entri 122

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Kelas Hari Kedua sambung buat Ben Pinggang. 

Awal pagi masa nak mula, dah tak berapa ingat cara nak pasang benang kat mesin jahit industri. Banyak sangat langkah nak masuk lubang benang dengan pusing benang arah mana lagi. Adalah dekat 30 minit. Jadi pun sebab cikgu yang tolong pasangkan. Hihi.

Masa cikgu tunjuk cara nak dapatkan Ukuran Pengeras dan Getah Ben Pinggang, buatlah nota sikit. Nak cepat sangat, buat biasa-biasa je. Lagi sekali cikgu tolong mudahkan nota untuk pemahaman. :D

Sendiri buat nota Ben Pinggang. Sekali buat macam faham.
Tapi kalau tengok banyak kali, memang dah tak faham.
Hihi

Cara cikgu mudahkan nota supaya nampak jelas cara nak dapatkan
Pengeras dan Getah Ben Pinggang.


Hasil yang dah siap di jahit.



Tercabar emosi sebab masa nak camtum getah dengan pengeras ok lagi. Tapi bila nak cantum dua tu dengan kain, tetas-jahit-tetas-jahit. Puncanya :
          Salah kedudukan pengeras.
          Pengeras terjahit atas garisan jahitan belakang.
          Terlajak jahit getah sekali.
          Lipatan 'basi' terkurang sikit.

Hasil jahitan cikgu.
Masa ni cikgu tunjuk macam mana cara nak jahit Ben Pinggang.

Hasil anak murid yang tak kemas sebab tak biasa. Huhu

Jahitan sendiri buat, terkeluar dari landasan. 


Jam 2 lebih baru siap pasang. Jadinya, cakap dengan cikgu, butang ketip dan jahit hujung skirt sambung buat kat rumah.

 Zero to Hero sungguh ni ⬅️


No comments:

Post a Comment