Tuesday, 24 October 2017

Nota Ukuran Badan

Entri 119

Teks & Foto : Munirah Yusoff


|Kelas 1 : 24.10.2017|

Untuk kelas menjahit yang saya ambil di Smart Skill Centre (Pakej C), ada 5 modul perlu belajar dalam masa 2 bulan. Modulnya terdiri daripada Skirt A Line, Blouse, Kemeja, Seluar dan Jubah. Ada pilihan waktu kelas, sama ada mahu sepenuh masa (1x seminggu, 8 jam sehari) atau separuh masa( 2 kali seminggu, 4 jam sehari).

Dalam buku nota, maklumat ukuran badan cuma satu helai di bahagian awal. Jadi, nak memudahkan saya merujuk ukuran, setiap modul saya buat nota ukuran badan. Contoh seperti di bawah.
Tak adalah nanti keliru, tak jauh sangat nak selak nota. Campur pula dengan bahagian formula, bila dah siap pola, nak kena rujuk lagi ukuran asal. 😀

No comments:

Post a Comment