Friday, 6 October 2017

Pola 10 Beranak Awie Manik

Entri 114

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Saya beli masa promosi bulan Oktober
RM 279 

Biasa tengok video Awie Manik di FB cara-cara nak guna pola yang dah siap ukuran. 

Jadi, terjebak juga nak beli. Selamat sampai dah polanya. Siap simpan dalam file. Setiap satu pola dalam file protector sebab tak nak kasi hilang dan bercampur-campur.

Cuma bila nak guna tu, tak pasti lagi. Sebab nak fahamkan asas menjahit sebelum terus guna pola. 

Nampak macam senang, tekap-tekap, gunting kain, sambung kain, siap! Tapi nak membuat tu yang rasa macam tak pasti, nak mula yang mana dulu. Nak sambung yang mana. Hihi

Apa yang ada dalam Pola 10 Beranak?
💗 10 saiz pola dewasa (pilih antara XXXS hingga 5XL), percuma 1 saiz pola kanak-kanak.
💗 Buku Pola Awie
💗 Pola badan depan dan belakang, pola lengan dan pola kain.
💗 Panduan saiz disertakan di pola sebagai rujukan
💗 Grup khas 10 Beranak 12 Beradik.


Yang berminat nak beli, boleh rujuk FB Awie Manik. 
.
.
.
============
Update 23/11/17
============
*Saya hanya war-warkan sahaja*

Pihak Awie Manik dah ada Assistant Online untuk sebarang pembelian buku jahitan, nota jahitan dan pola. Boleh hubungi Cik Siti Salmi (011 2677 2391), Cik Shima (017 5966 508).



No comments:

Post a Comment