Tuesday, 24 October 2017

Cara Membaca Tali Pengukur (Tali Tape)

Entri 118

Teks & Foto : Munirah Yusoff

|Kelas 1 : 24.10.2017|

Benda pertama yang cikgu ajar masa dalam kelas, cara membaca tali tape dalam bentuk Inci  ⇄ Pecahan  ⇄  Perpuluhan.

Agak pening bila dah buat pengiraan dengan kalkulator, kena buat penukaran perpuluhan ke pecahan. Bila dah dapat bacaan yang betul, kena tentukan pula di mana garisan pecahan di pembaris. Terasa agak lambat juga sebab masih tak biasa.




Sebelum masuk kelas, ada juga cari nota yang mudah untuk baca ukuran. Tapi lupa nak printout dan bawa. Jadi, balik rumah je terus printout, potong kecil dan selit dalam buku nota. Senang tak payah nak selak-selak buku nota lagi.

Nota Ukuran Inci saya ambil dari laman web JOM JAHIT : TIPS MENGUKUR BADAN YANG ANDA PERLU TAHU . Jadi mudah nak faham dan buat rujukan.

😀

No comments:

Post a Comment