Sunday, 5 November 2017

Kain Perca Untuk Jahitan

Entri 128

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Masa saya pergi ke Kedai Singer di Jalan Sentul untuk pasang benang mesin jahit tepi, terpandang kain perca yang di gunakan untuk uji jahitan mesin. Maknanya, dia ada kain perca khas tanpa perlu pelanggan bawa kain sendiri. Dan tak perlu guna kain perca yang bermacam-macam potongan. Hihi.

Ini kain perca yang Technician guna.
Jadi, saya pergi kedai kain di Sri Gombak (maaf terlupa nama kedai dan gambar. Nanti saya akan kemaskini entri ini). Saya beli kain cotton (keras sedikit) semeter, harganya RM 7/meter. 



Saya lipat dua banyak kali sampai dapat saiz yang mudah untuk buat jahitan tepi dan jahit lurus. Jadi tak perlu lagi saya nak tercari-cari kain perca yang di kumpul. 


Yang bertali ni? Ini sebenarnya hujung kain jubah yang mak mahu pendekkan sedikit. Bila saya fikir,  boleh guna semula untuk ikat kain perca.


Maka, hasilnya jadilah macam ni. Mudah, cepat dan jimat masa masa nak uji benang mesin. 😀

No comments:

Post a Comment