Wednesday, 8 November 2017

Kegunaan Pemberat Kayu Untuk Jahitan

Entri 132

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Alang-alang dah menjahit, belilah juga pemberat kayu. Menambah peralatan sikit-sikit dulu. Ikutkan boleh je nak guna buku atau apa-apa saja untuk elak kain atau pola bergerat masa memotong.

Tapi mata ni lagi suka tengok peralatan khas untuk menjahit. Semangat sikit nak buat kerja.

Boleh beli kat mana-mana kedai yang jual peralatan menjahit atau online. Yang saya punya ni, sebab nak cepat dan malas nak beli online, saya beli terus kat tempat belajar.

Saiz : 12.6" (P) × 3.5" (L) × 0.7" (T)
Berat : 300gm+-
Harga : RM 25


2 comments:

  1. as salam.... beli pemberat ni kat mana yer? jenuh cari tapi x jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli masa pergi kelas di Smart Skill Centre (Wangsa Maju). Kebetulan cikgu nya ada jual.

      Delete