Tuesday, 7 November 2017

Modul 2.3 Pelapik Leher Blouse

Entri 130

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Cabaran lepas siapkan pola Blouse ni adalah menjahit tepi. Banyak sangat bengkang-bengkok. Ada yang terlajak keluar benang sebab laju tekan pedal mesin. Bila nak kena jahit semula, dah tak lawa. Nampak ada yang tebal, terkeluar sikit dari landasan dan tak kemas lagi.

Dah siap jahit tepi semua bahagian baju (kecuali lubang lengan dan leher) dan lengan (kecuali lekuk lubang lengan), buat pelapik leher pula.

Terus buat pelapik leher, tekap atas kertas gam.
Ikut saiz leher dari pola badan.

Pelapik gam yang dah siap di seterika atas kain.
Tanpa basi dan dijahit tepi luar sahaja. 


No automatic alt text available.

Masa nak cantum pelapik leher depan dan belakang ni, tak pasti sebab apa jadi tak sama lurus antara pelapik dengan bahu badan blouse. Dah siap jahit dan masukkan ke dalam, potong lebihan la jawabya.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Pelapik bahagian depan pun, masa di cantum jadi tak sekata kiri dan kanan zip. 

No automatic alt text available.

Tip dari cikgu untuk bahagian curve yang perlu di lipat, pastikan setiap satu kena snip tanpa terkena bahagian jahitan. Supaya mudah, kemas semasa melipat dan tidak mengelembung.


P/S : Patah hati sikit dengan baju ni. Sebab asyik rasa nak cepat siap je sampai kurang kemas jadinya. Huhu


#OrangBaruMenjahit

No comments:

Post a Comment