Wednesday, 1 November 2017

Modul 2.2 : Zip Depan Blouse

Entri 129

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Disebabkan masa nak pola belakang, saya terlupa nak lebihkan 1 inci untuk pasang zip, cikgu ajarkan cara nak buat zip depan. Dapat lagi satu ilmu baru. Ye la, sebab kalau pasang zip belakang, dah belajar masa buat zip belakang Skirt A Line. Hihi.

1. Ukur kain gam ikut saiz zip.
2. Lebihkan 2 inci dari besi hujung zip.
3. Lipat dua dan buat garisan lurus.
4. Buat garisan 1 hun kiri dan kanan garisan tengah.
5. Buat tiga segi penghujung garisan besi (gambar di bawah).
6. Iron atas kain dan potong ikut saiz kertas gam.
7. Jahit tepi untuk kemasan.

1. Dapatkan garisan tengah leher baju.
2. Jahit keliling jahitan kiri dan kanan garisan tengah.
3. Potong garisan tengah dan segitiga kecil.

1. Lipat ke dalam dan gosok.
2. Jahit halus keliling zip dari luar baju.

P/S : Lupa nak ambil gambar jahitan zip. 😂

No comments:

Post a Comment