Wednesday, 8 November 2017

Modul 2.4 Mencatum Lengan Blouse

Entri 131

Teks & Foto : Munirah Yusoff

No automatic alt text available.

Hari ni ingat dapat selesaikan buat blouse. Sebab tinggal nak cantum lengan, jahit tepi lubang lengan, jahit hujung lengan dan hujung blouse.

Tapi mimpi di siang hari je la. Sebelah kiri lengan ok dah cantumnya. Sebelah kanan yang tak selesai sampai 4 kali tetas. Tetas, jahit, tetas, jahit. 4 jam tu macam petik jari je.

No automatic alt text available.

Puncanya:
    Kain terlipat dengan jahitan.
    Jahitan tak lurus.
    Kedutan bukan kat tempat bahagian basi. (Jahitan tak berapa cantik sebab terlipat).


Dan yang paling menyedihkan, bila nak jahit tepi bahagian lubang lengan tu, terjahit sekali lengan. Berlubang besar la jugak. Mujur bawa pola. Lebihan kain pun dapat buat satu lagi lengan, nak ganti yang terjahit tu.
No automatic alt text available.

Bila difikirkan, nak sangat cepat siaplah jadi punca banyak benda tak jadi elok. Dengan tak biasa lagi kawal kelajuan mesin. Memang buat hati sayu betul. Rasa nak putus asa bila jadi macam ni. 😂

Cabaran #OrangBaruMenjahit

No comments:

Post a Comment