Tuesday, 14 November 2017

Modul 3.1 Kemeja Longgar Dan Labuh

Entri 133

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Hari ini mula buat modul yang ke-3, Kemeja. Ikutkan nota, buat kemeja paras pinggul dan ada curve. Tapi ada pilihan untuk saiz yang kita selesa nak pakai. Jadi saya buat kemeja longgar dan labuh.

Ada sedikit ukuran pola yang saya buat di rumah. Datang kelas, tunjuk kat cikgu untuk bahagian yang perlukan pembetulan.


Selalu ragu-ragu cara nak kecilkan ukuran bahagian lubang lengan. Berapa banyak nak kecilkan, berapa banyak lebihan ukuran 'yang dibenarkan' dari ukuran asal. Mesti ada yang kena baiki.
  1. Cara nak cantikkan bahagian lekuk bahu lubang lengan.
  2. Cara nak kecikkan lubang lengan. Kalau ikut ukuran buku, memang jadi besar banyak.
  3. Beza antara dart baju depan dan baju belakang.
  4. Cara nak cantikkan bulatan hujung baju.

Dah rupa macam exam, merah-merah je.







Yang bertanda merah adalah garisan yang cikgu baiki mengikut ukuran badan yang saya nak. Untuk dart belakang, mulanya saya buat melengkung sikit. Tapi kata cikgu, dart belakang perlu lurus. Hanya dart  depan saja yang melengkung.


Di bahagian lubang lengan, di tanda (x) naikkan setengah (1/2) inci ke atas. Sebab bila ikut nota, ukuran lubang lengah saya akan lebih dalam 2 inci dari ukuran asal. 


Selagi boleh jimat, potong dan tampal je pola ni.
Lagipun nak buat bahagian tangan, sayang nak guna yang baru. 










Ok siap! Esok sambung potong Kemeja. :D

No comments:

Post a Comment