Pages


PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya.

Sedikit ringkasan mengenai saya. Nama Munirah bermaksud 'bercahaya' seperti yang mak saya cerita, diambil sempena nama pelakon Iran rasanya. Dan nama Munirah juga ada dalam salah satu ayat Al-quran, cuma saya lupa nak catatkan. 😂

Lahir di Kuala Lumpur tetapi menetap di Gombak, Selangor. Daripada sekolah hinggalah masuk Universiti, sampaikan tempat bekerja pun di Selangor juga. Cuma berlainan jarak dengan rumahlah. Paling jauh pun di Putrajaya dan Cyberjaya. Hehehe.

Belajar di dalam bidang Teknologi Maklumat/Sains Komputer, melibatkan saya dalam likungan kerja dokumentasi projek dan technical support/helpdesk. Selain itu, saya mengambil dua sijil kemahiran (SKM 2) yang berlainan iaitu SKM 2 Hairdressing dan SKM 2 Fashion and Dressmaking.

SKM 2 ni yang membolehkan saya untuk bekerja di salun dan di butik jahitan, mebuatkan pengalaman dan kemahiran saya bertambah. Berinteraksi dengan pelanggan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Marketing and Sales? Dua pengalaman yang saya dapat ketika bekerja di bidang yang berlainan (SKM 2).

Saya cuba biasakan diri untuk mengambil peluang apa yang ada, namun masih dalam keadaan yang saya mampu untuk buat. Apa yang saya boleh buat, saya akan buat. Jika orang tunjuk sesuatu yang saya tahu itu bukan kemampuan saya, saya akan kata tak mampu.

Get to know yourself. 💓💓

No comments:

Post a Comment