Pages


Thursday 29 June 2023

Aidil Adha 2023 Yang Bermakna

Entri 1

 Tempahan Slot Peserta Korban

Alhamdulillah tahun ini berkesempatan untuk melaksanakan korban dengan simpanan duit sendiri. Bermula dengan pihak surau taman memberi maklumat tempahan slot bagi tahun 2023 yang dibuka selepas raya haji 2022, mak saya terus beritahu untuk menempah cepat sebelum slot habis.

Sebanyak 5 ekor lembu dan 1 ekor kambing disediakan. Untuk mengelakkan berkerumun dan memudahkan proses untuk melihat, kami hadir di sana selepas waktu solat dan wakilkan kepada pihak surau  untuk penyembelihan. 

Mungkin juga dari kecil dah biasa lihat, jadi bila dah dewasa ni, bagi peluang pula pada kanak-kanak lain. ☺



Untuk bayaran, walaupun boleh dibuat secara bulanan sebanyak RM 80, saya terus asingkan siap-siap bayaran lump sum untuk mengelakkan daripada terguna.

Bagi saya, ini juga sebagai tanda kesyukuran memandangkan 2022 adalah tahun di mana saya dan mak di masukkan ke hospital yang berlainan serentak. Saya di sahkan ada Cervical Spine slip disc dan mak pula  ada masalah jantung. Alhamdulillah dua-dua selamat. 😊 *Akan di ceritakan lanjut nanti*

Menu Hari Raya

Kebiasaan mak akan buat Nasi Dagang, Rendang Ayam dan Gulai Ikan Tongkol. Untuk masakan raya ni, saya tak akan masuk campur untuk elakkan rasa dan kejadian dia 'lari' dari kebiasaan yang mak masak.


Menu tambahan pula, kami beli Satay Seri Melaka (AU5 Keramat).


Ayam 80 batang, Daging 20 batang dan ketupat 4 bungkus dalam RM 152. Berbaloi juga dengan isi besar dan tak kering, tak juga terlalu berminyak akibat lemak ayam.


Jika nak menempah, boleh whatsapp mereka di +60 11-11577115. Setakat ni, tiada masalah bila saya tempah sehari sebelum hari raya. Yang penting, beri kuantiti kita mahukan serta tarikh dan masa di ambil.

~~

Insya Allah, jika di berikan kesempatan dan umur yang panjang, boleh dah nak menabung semula untuk korban 2024. Aminn.